Thursday, 5 February 2015

Penjelasan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Ini Pasti Akan Buat Terharu Selaku Penganut Agama Islam



Susulan dakwaan Eina Azman bertanggungjawab memecah belahkan hubungan kekeluargaan suaminya[1],  Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) dan adik beradiknya, ahli perniagaan ini telah tampil memberikan penjelasan yang cukup membuatkan Abang Nara terharu selaku seorang yang beragama Islam. Eina Azman tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi, sebaliknya sikap 2 orang adik beradiknya tersebut yang menyebabkan Datuk Gmix tidak mengundang mereka ke majlis resepsi yang telah berlangsung baru-baru ini.

eina azman

Berikut ialah penjelasan Datuk Gmix yang dimuatnaik menerusi komen di Instagram:

sis

Ini adalah versi alihbahasa secara mudah:-

Kesemua sister (tidak diketahui kakak atau adik) telah hadir tetapi yang 2 orang tidak datang. Saya tidak pernah menjemput mereka kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya menukar balik agama saya ke Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam kerana saya mencintai Islam. Ayah dan ibu saya membeli baju untuk hadir tetapi yang 2 orang itu tidak membenarkan. Emak saya menangis dan bercakap kepada saya. Saya akan berjumpa mereka di mahkamah kelak. Allah Maha Besar. What goes around comes around (tak tahu nak translate camner)

eina azman

Sesungguhnya ini adalah ujian yang besar buat Datuk Gmix dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam memang sentiasa ada cabaran. Namun Abang Nara pasti kematangan Datuk Gmix mengendali hal ini tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Sama-sama kita doakan.

Saya & Fazura Hanya Teman Biasa – Taufik Batisah



Taufik Batisah dan Nur Fazura sekali pandang memang nampak macam pasangan kekasih. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah ketika menjadi juri MLM2014. Memang nampak sepadan dan sesuai sangat lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya berborak tanpa disedari perbuatan mereka sedang dirakam. Terasa macam lihat pasangan bercinta secara senyap-senyap je. Setiap minggu pun Taufik dan Fazura pun seringkali 'selfie' bersama untuk tatapan para peminat mereka.

taufik batisah dan fazura

Abang Nara yakin ramai peminat di luar sana yang berharap mereka berdua bakal disatukan di bawah ikatan percintaan. Sebelum ini ada timbul gosip mereka berdua dah bertunang[1] namun ternyata ia adalah palsu. Malah Taufik Batisah juga telah tampil dan memaklumkan hubungannya dengan Fazura sekadar kawan biasa. Malah penyanyi dari Singapura ini sedang dalam fasa mengenali seseorang. Kata Taufik:-

Saya dan Fazura hanyalah teman biasa sahaja, tidak lebih daripada itu. Bagi saya, dia merupakan seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugas dan kebanyakan masa kami berbicara ialah mengenai hal kerja sahaja. Hubungan kami tidak lebih daripada sebuah persahabatan.

Saya mengakui kini sedang mengenai seseorang, bagaimanapun biarlah perkara itu menjadi rahsia. Saya fikir, tidak perlulah perkara itu dikongsi secara terbuka dengan peminat. Cukuplah peminat hanya mengetahui perkembangan karier nyanyian saya dan mereka terus setia memberikan sokongan. Itu sudah memadai,

taufik batisah dan fazura

Pasti ramai yang kecewa kerana hasrat mereka untuk melihat Taufik dan Fazura bercinta tidak kesampaian. Jangan risau. Orang kata kalau ada jodoh tak ke mana. Mana tahu lepas habis MLM2014 nanti hubungan mereka akan jadi lebih daripada kawan biasa. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Sumber Kosmo[2].

References

  1. ^ Fazura Dan Taufik Batisah Bertunang? (beautifulnara.com)
  2. ^ Kosmo (kosmo.com.my)
LikeTweet

Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014



Kumpulan Zero adalah kumpulan 'underdog' yang cukup menyinar di Maharaja Lawak Mega 2014. Tiada siapa yang menyangka kemunculan kumpulan adik beradik dari Sabah untuk MLM kali ini mampu memberikan saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan otai lain. Tak salah untuk Abang Nara katakan salah satu punca kelawakan kumpulan mereka ialah Syaiful, abang sulung dalam kumpulan ini yang sering menjadi bahan kutukan di dalam persembahan mereka.

syaiful zero

yg baju pink tue Syaiful

Walaupun wajahnya sering menjadi 'bahan lawak', jangan disangka tiada awek yang jatuh cinta dengan Syaiful Zero ini. Pelawak itu telah memaklumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang selepas tamatnya MLM2014 kelak. Kata Syaiful:-

Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin.

Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu.

Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah

Orang kata orang nak berkahwin ini rezekinya murah. Mana tahu Zero akan dapat menggondol gelaran juara untuk MLM2014 kali ini? Semuanya mungkin lebih-lebih lagi dengan sokongan rakyat Sabah. Apa pun, tahniah diucapkan buat Syaiful. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

LikeTweet

Zizan Razak Nafi Tujukan Kata-Kata Di Instagram Kepada Fazura



Apabila Nur Fazura mengumumkan nama Virus sebagai kumpulan yang terkeluar minggu lalu daripada cabaran MLM2014, ribuan para peminat Virus membanjiri akaun Instagram pelakon tersebut dan meletakkan penyingkiran itu sebagai kesalahannya. Sedih juga jadi Fazura. Jalankan tugas sebagai juri pun kena bahan oleh para peminat. Memang ada sesetengah peminat yang agak taksub dengan selebriti sehingga apa yang dibuat walaupun tak best, tetap nampak super duper best.
zizan Abang Nara tersenyum kambing apabila melihat kata-kata Fazura yang ditulis buat peminat Virus yang menyalahkan dirinya. Pandai juga Fazura ini bermain kata. Sempoi!!! Kalau si peminat tak terasa lagi, tak tahulah nak kata apa. Biasalah tue adat menang kalah dalam pertandingan. Namun terbaru, satu gambar Zizan yang dimuatnaik bersama dengan satu kapsyen telah disalaherti oleh para peminat. Kononnya kata-kata Zizan itu ditujukan kepada Fazura.zizan

Namun Zizan telah mengubah kapsyen di gambarnya bersama Johan dan menafikan ia ditujukan kepada Fazura. Menurut Zizan, ia hanyalah satu rap. Terang Zizan:-zizan

Diharap para peminat dan pemerhati di luar sana tidaklah menyangkut pautkan lagi setiap perbuatan Zizan dengan Fazura dan begitu juga sebaliknya. Kesian kepada mereka berdua. Nanti nak muatnaik apa-apa pun kena fikir 5,6 kali. Takut-takut tersalah anggap sedangkan realitinya tak ada kaitan pun. Cukup-cukuplah menyalahkan Fazura atas penyingkiran Virus. Memang sudah tertulis bukan rezeki mereka. Tak gitu?

LikeTweet

Zizan Muatnaik Gambar Bersama Fazura, Tutup Spekulasi Permusuhan



Akhirnya Zizan telah memuatnaik gambarnya bersama Fazura untuk menutup spekulasi permusuhan antara mereka berdua yang begitu hangat diperkatakan sekarang ini. Suka Abang Nara melihat kegembiraan, kemesraan dan keriangan di dalam gambar tersebut. Fazura gelak tak ingat. Mungkin Zizan buat lawak yang mencuit hati. Gambar ini sekaligus pasti menutup desas-desus pergaduhan antara mereka berdua.

zizan fazura

Caption yang dimuatnaik oleh Zizan di gambar ini juga menjelaskan yang mereka menyayangi antara satu sama lain dan bukannya bermusuhan seperti yang digembar-gemburkan.

Makan gelak makan gelak #LovenotHate #FAZURA #ZIZANRAZAK #ZIZAN

zizan fazura

Diharap selepas ini tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan antara mereka berdua. Zizan dan Fazura elok je berkawan baik tapi peminat-peminat yang bergaduh tak ingat. Kelakar pun ada jugak kan? Semoga hubungan persahabatan antara mereka berdua terus terjalin.

LikeTweet

(10 GAMBAR)Ezzaty Abdullah Yang Semakin Popular Menerusi Drama Delina



Drama Delina kini sedang ditayangkan di TV9. Pelakon utama drama ini ialah Ezzaty Abdullah. Comel juga orangnya. Macam mana Abang Nara boleh terlepas pandang si comel ini. Ini memang merugikan. Terus Abang Nara mencari informasi yang berkaitan dengan Ezzaty. Rupa-rupanya tahun lepas Ezzaty merancang untuk berkahwin namun ia dibatalkan. Mungkinkah jodoh Ezzaty dengan Abang Nara? Hehehe (lari bini kejarrrrrrrr),

ezzaty abdullah

Baru berusia 24 tahun, Ezzaty Abdullah sudah lama menceburkan diri dalam dunia lakonan. Cuma namanya tidak sepopular para pelakon lain. Mungkin kerana tiada gosip murahan. Itu satu petanda yang bagus. Daripada banyak kontroversi, lebih baik tumpukan pada prestasi. Tak gitu? Baru-baru ini Ezzaty dikaitkan dengan Azwan Kombos tetapi dia memaklumkan yang hubungan mereka sekadar kawan sahaja.

Saya dengan Azwan hanya kawan artis sahaja, selain Azwan saya juga rapat dengan seorang artis baharu iaitu Daler dan kami sering keluar bersama-sama.

Saya baru putus tunang dan pengalaman itu sentiasa membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar tidak berlaku kesilapan sekali lagi.

ezzaty abdullah

Diharap bintang Ezzaty Abdullah akan semakin bersinar selepas ini. Buat anda yang meminati pelakon ini, bolehlah mengikuti Instagram @ezzatyabdullah[1]. Banyak gambar yang dimuatnaik olehnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah
ezzaty abdullah

References

  1. ^ ezzatyabdullah (instagram.com)
LikeTweet

Saya Padam Gambar Dengan Sharnaaz Bukan Kerana Cemburu – Anis Al Idrus



Cemburu dalam percintaan adalah satu perkara biasa. Kalau tak cemburu, bermakna mungkin kasih sayang kita tak cukup 'deep'. Namun cemburu juga harus ada batasnya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan desas-desus tamatnya hubungan cinta Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus[1]. Ia dikatakan berpunca daripada status Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah[2].

sharnaaz

Sehingga ke hari ini Sharnaaz dan Anis tidak memberikan maklumbalas muktamad tentang percintaan mereka. Putus atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Namun yang pasti desas-desus ini semakin kuat apabila Anis memadam gambar dirinya dengan Sharnaaz di Instagram. Mungkinkah Anis cemburu dengan perbuatan Sharnaaz? Menurut Anis, tiada sekelumit pun perasaan cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh Sharnaaz. Kata Anis:-

Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz.

Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki

sharnaaz

Daripada kata-kata Anis Al Idrus, Abang Nara dapat merasakan yang hubungan mereka berdua telah tamat. Selalu kalau perempuan bagi ayat-ayat seperti di atas, itulah maksudnya. Sedih juga dengan nasib yang seringkali menimpa Sharnaaz ini. Selalu cinta tak kesampaian. Mungkin belum bertemu wanita yang benar-benar memahami dirinya. Satu hari nanti pasti akan dijumpai jua. Diharap Sharnaaz bersabar. Buat masa ini, tumpukanlah pada lakonan dan perniagaan anda. Sumber Mstar Online[3].

P.S:  Mazda 5 akan dihentikan pengeluaran[4]

Cer~citer